MOTIVASI
“saya sedar ada beberapa orang pelajar selalu datang kedai beli nasi lemak biasa ni tanpa jemu.” Sering Tingo Pelajar Kira Duit Syiling Utk Beli Nasi, Tindakan Peniaga Ini Buat Ramai Terharu
Demikianlah nota pesanan yang tertampal di gerai makan milik Siti Aishah Othman di kafeteria UTM. Menurutnya, arwah ibunya juga meniaga jual nasi lemak di UTM dan banyak bersedekah dekat orang.
“Adik-adik pelajar, kalau tak ada langsung duit jangan tahan lapar. Datang sini beritahu, saya belanja. Saya pun pernah jadi pelajar. Jangan malu”
“Saya seorang anak yatim, jadi memang dari kecil lagi sudah terbiasa dengan kehidupan seperti orang susah. Arwah mak saya dulu cari rezeki nak sara kehidupan saya dan adik beradik yang ramai ni.
Harga nasi lemak biasa yang dijualnya adalah serendah RM1 sahaja kerana dia sedar ramai pelajar yang datang dari keluarga yang kurang berkemampuan niatnya yang sedikit sebanyak mahu membantu mereka.
Meskipun dengan berbuat demikian, hasil keuntungan akan sedikit kurang, namun Siti tetap teruskan perniagaannya. Selepas lebih sebulan meniaga sendiri di UTM, Siti faham kenapa ibunya dulu suka bersedekah.
Siti juga ada menjual nasi lemak ayam goreng berempah berharga RM4 dan juga pelbagai jenis lauk lain seperti sambal udang dan rendang ayam dengan harga RM5.
“Setiap hari saya berniaga, kecuali hari Sabtu. Antara sebab kenapa saya tergerak hati nak jual makanan dengan harga RM1 adalah selepas saya sedar ada beberapa orang pelajar selalu datang kedai beli nasi lemak biasa ni tanpa jemu.
Setiap hari, dia juga akan menyimpan 10 bungkusan nasi lemak untuk diberikan secara percuma setiap kali dia berniaga.
“Mereka tak cakap pun tak ada duit tapi daripada cara makan benda sama berulang kali dengan harga murah ni saya boleh faham mereka ni tengah berjimat cermat.
“Ada juga saya jumpa yang bayar makanan berharga RM1 pakai syiling saja. Jadi ini antara inisiatif saya untuk bersedekah dan infak bagi ringankan beban pelajar yang terpaksa bayar yuran pengajian.
“Asalkan adik-adik semua ni ada dan tahu tempat mereka boleh makan dengan murah dan kenyang. Sekiranya tak ada duit datang saja beritahu, saya belanja. Hanya insan yang lapar akan faham perut lapar orang lain,” ujarnya.
“Menu paling mahal saya jual pun RM5 saja. Itu pun setiap hari saya minta maaf dekat pelanggan sebab terpaksa jual mahal. Walaupun untung tak ada sangat tapi apabila dapat kenyangkan orang pun dah rasa lega.
Kisah mengenai Siti yang meniaga nasi lemak di UTM ini dengan pantas menjadi tular dan rata-rata netizen memuji peniaga ini yang berusaha berbakti kepada masyarakat dan membantu para pelajar. Semoga peniaga ini sentias dimurahkan rezeki.
Tambahnya lagi, dengan mengurangkan harga makanan, tidak perlulah ada pelajar yang kurang berkemampuan yang terpaksa berlapar. Meskipun harga ayam agak mahal masa sekarang, wanita ini akan berusaha untuk mengekalkan harga makanan jualannya seperti biasa.
Kredit: mStar
-
PANDUAN2 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI2 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH2 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI2 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI2 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA2 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI2 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.