MOTIVASI
“Sedihnya kecil2 dah kena jauh dgn parents” Murid Tahun 1 Tertunduk Sedih Menghadap Dinding, Rindukan Mak Ayah Di Kampung

Anak tahun satu itu dilihat tertunduk menghadap dinding seorang diri. Meskipun semalam datang elok sahaja duduk asrama, tetapi mulai tengahari, dia dah mula merajuk menangis dipercayai dah mula rindukan kampung dan mak ayah.
Tular perkongsian seorang cikgu di sebuah sekolah di Cameron Highland yang berkongsikan gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana rindukan ibu bapanya.
Cikgu-cikgu dan rakan-rakan akan bantu murid ini agar dia jadi biasa dan seronok belajar dan berkawan dengan rakan-rakan baru.
Murid ini datang dari kawasan pedalaman dan ini adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sekolah dan tidak pernah pergi kelas pra. Oleh itu, memang agak mengambil masa untuk dia sesuaikan diri dengan suasana dan murid-murid lain.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat anak murid ini agar terus kuat dan tabah. Mereka juga menasihatkannya agar belajar rajin-rajin dan ikut kata-kata cikgu, berkawan dan berbuat baik dengan rakan-rakan.
Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua.
Usah dipertikaikan kenapa ada sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka masuk asrama di usia yang kecil, kerana mereka pastinya ada sebab tersendiri seperti tiada pengangkutan, kekangan kewangan dan kemungkinan itu adalah jalan terbaik untuk anak mereka.
sumber: arenagempak
-
PANDUAN1 year ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI1 year ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH1 year ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI2 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI1 year ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI12 months ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA1 year ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI12 months ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.