2 Contoh Doa Selamat Untuk Majlis Kesyukuran

Doa Selamat adalah salah satu doa yang selalu kita adakan sebelum berlangsungnya sesuatu majlis kesyukuran atau program keagamaan.

Doa Selamat 9

Doa selamat biasanya dilakukan sempena mengadakan majlis kesyukuran kerana mensyukuri dan pelbagai sebab lain. Justeru itu, ia bukanlah satu perkara asing dalam masyarakat islam di negara kita. Setiap dari kita pasti pernah melakukan majlis doa selamat.

Biasanya, ia diadakan dalam kalangan ahli keluarga atau bersama dengan penduduk di tempat kita tinggal. Ia sebagai salah satu tanda yang kita mensyukuri sesuatu perkara kerana kita terbebas dari bahaya, terhindar dari bencana, jauh dari malapetaka, tidak mendapat gangguan kerusakan, tidak kurang suatu apapun dan dijauhkan dari perbuatan yang salah.

Contoh Doa Selamat Yang Boleh Kita Baca Sewaktu Majlis 

Ramai yang menyangkakan hanya satu jenis doa selamat sahaja yang biasa di baca sewaktu mengadakan majlis kesyukuran. Sebenarnya, ada banyak contoh doa selamat yang boleh kita baca sewaktu majlis kesyukuran. Antara Contohnya ialah:

  • Contoh Doa Selamat 1

Doa Selamat 1

Segala kepujian dan kesyukuran dipersembahkan ke hadhrat-Mu ya Allah di atas limpah rahmah perlindungan kepada kami sekalian dengan aman tenteram, sihat wal’afiat dan selamat sejahtera. Kami memohon kepada-Mu ya Allah semoga diperkukuhkan perpaduan, dipereratkan persaudaraan dan diperkuatkan keazaman, hasrat dan cita-cita agar sentiasa mendapat keredhaan-Mu ya Allah.

Doa selamat 2

Kami juga memohon kasih sayang-Mu ya Allah agar jiwa dan kehidupan kami berada dalam aman di dunia agar kami dapat mengimarahkan bumi sepertimana yang Engkau perintahkan, maka daripada Engkaulah sahaja ya
Allah kami memohon bantuan dan pertolongan.

doa selamat 3

Kami dengan segala rendah diri memohon agar Engkau kurniakan kami dan hamba-hamba-Mu sekalian dengan taufik dan hidayah, sentiasa di bawah pimpinan dan petunjuk-Mu ya Allah, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami tunaikan akan mendapat sepenuh kejayaan dalam keredhaan dan restu-Mu di sepanjang zaman.

Doa selamat 4

Berkatilah negara Malaysia ini dan rahmatilah di bawah perlindungan-Mu sekalian yang bersangkutan dengannya semoga mendapat pertunjuk dari-Mu ke jalan yang Engkau redhai serta dengan penuh kehormatan dan kesucian, di
samping meninggikan syiar-Mu dalam semua bidang.

Doa selamat 5

Peliharakanlah kami dan negara kami daripada segala bala bencana. Jauhkanlah kami sekalian daripada segala ancaman dan pengkhianatan. Bersihkanlah negara kami dari segala anasir jahat. Pandulah kami semua ke jalan yang benar, adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Kekalkanlah ya Allah kebenaran, keadilan, perpaduan, ketenteraman dan kemakmuran dalam negara bertuah ini .

Doa selamat 6

Baca Juga: 4 Doa Dipermudahkan Urusan Dalam Kehidupan Seharian Kita

  • Contoh Doa Selamat 2

Doa Selamat 7

Ya Allah , ya Tuhan kami, yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, kami berhimpun pada hari ini berdoa memohon rahmat dan hidayah dari-Mu. Semoga dengan rahmat itu , Engkau berikan petunjuk kepada kami, Engkau perkukuhkan perpaduan kami, Engkau memperbaiki urusan Agama dan dunia kami. Ya Allah, ya Tuhan kami yang memiliki segala kekuasaan dan kemuliaan,kurniakanlah taufik dan hidayah-Mu kepada kami, restuilah perancangan kami, bimbinglah kami dengan petunjuk-Mu yang berterusan.

Pimpinlah kami sekalian ke jalan yang lurus dan benar yang membawa kepada ketenteraman dan kesejahteraan. Hindarkanlah kami sekalian dari segala mala petaka dan sifatsifat yang keji. Selamatkanlah kami sekalian dari perselisihan yang boleh membawa perpecahan dan kebinasaan . Anugerahkanlah kepada kami kekuatan dan
keupayaan untuk merangka strategi dan dasar negara bagi mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan serta matlamat wawasan sebagaimana yang kami cita-citakan.

Doa selamat 8

Ya Allah, ya Tuhan kami, kami pohonkan limpah rahmat, taufik dan hidayah bagi pemimpin-pemimpin dan seluruh rakyat negara yang tercinta. Mantapkanlah semangat dan keazaman mereka dengan penuh kesabaran dan bertawakkal kepada-Mu dalam memikul tanggungjawab memajukan negara supaya disanjung tinggi, bertaraf dunia dan disegani, di bawah ri’ayah-Mu dan naungan-Mu.

Doa Selamat Boleh Di Baca Untuk Pelbagai Majlis

Kesimpulanya, doa selamat sangat sesuai di baca untuk pelbagai majlis sama ada majlis rasmi atau tidak rasmi. Selain dari contoh yang admin sebutkan di atas tadi, ada bermacam doa selamat yang boleh anda baca dan juga ada beberapa lagi contoh doa selamat yang anda boleh download di  Buku Panduan JAKIMDiharapkan dengan contoh yang admin berikan ini dapat mmeberikan anda sedikit panduan untuk membaca doa selamat sama ada bersama keluarga anda atau bersama dengan orang lain.

 

Leave a Comment

error: Content is protected !!