Connect with us

Uncategorized

Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga – Mohon Segera!

Published

on

Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga – Mohon Segera!

Bantuan BAP RM500 Sebulan Untuk Sekeluarga. Kini Belanjawan 2023, Malaysia Madani adalah berlandaskan enam perkara: kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

Baca lagi di : Pengorbanan ibu kucing ulang-alik bawa daging demi anak-anak, runtun jiwa warganet

Dengan itu, Tema Membangun Malaysia MADANI, Belanjawan 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan terangkum berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakan usaha reformasi pentadbiran dan tatakelola baik.

Bantuan BAP

Selaras dengan itu, terdapat satu bantuan yang dikenali sebagai BAP yang melibatkan sumbangan kewangan sebanyak RM250 Sehingga RM500 kepada yang layak.

Bantuan BAP RM500

Bantuan Anak Pelihara (BAP) adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bantuan BAP

BAP juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat Kelayakan

Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut:

  • Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
  • Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau
  • Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952

Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:

  • Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
  • Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001

Cara memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:

  • Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon
  • Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  • Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan

Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang maklumat lanjut dan permohonan, anda boleh layari portal rasmi – DISINI

Mohon juga (Tekan Link Dibawah):

  • Senarai Bayaran Bantuan Secara Bulanan RM100 Hingga RM1000 – Semak Disini
  • Cara Mohon Bantuan Tunai RM500 Dikreditkan Setiap Bulan – Mohon Sekarang
  • Kategori Penerima Bayaran RM800 STR Fasa 3 – Semak Disini

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.