Uncategorized
Solat Istikharah : Panduan Lengkap Dan 3 Kelebihanya

Solat istikharah. Pernah atau tidak kita menghadapi situasi di mana anda menghadapi situasi anda berada di dalam dilema dan tidak tahu hendak membuat keputusan yang terbaik?
Ini seringkali berlaku kepada kita terutama sekali apabila kita hendak membuat satu keputusan yang besar dalam diri kita. Mana tidaknya, untuk membuat keputusan bagi satu perkara yang penting bukanlah semudah ABC. Sebaliknya, kita perlu lakukan keputusan tersebut dengan sehabis baik kerana ia mungkin akan mempengaruhi hidup kita nanti dan masa depan kita nanti.
Tapi macam mana nak pastikan keputusan yang kita buat itu adalah keputusan yang tepat?? Jawapanya adalah dengan melakukan solat Istikharah.
Apa Yang Di Maksudkan Dengan Solat Istikharah??
Istikharah adalah berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘meminta penjelasan’ atau ‘panduan’
Dari segi istilah pula, Istikharah ialah solat sunat yang dilakukan untuk memohon petunjuk Allah SWT dalam memilih atau melakukan sesuatu perkara atau urusan.
Ini berlaku sekiranya seseorang itu masih ragu-ragu dengan pilihannya sama ada untuk meneruskan sesuatu pekerjaan atau sebaliknya.
Waktu Solat Istikharah Dan Jumlah Rakaat
Solat sunat istikharah boleh dilakukan sebanyak sebanyak 2 sehingga 12 rakaat. Biasanya, orang akan lakukan solat istikharah selama 7 hari berturut sehingga dia mendapat dia mendapat jawapan tepat kepada segala persoalan mereka.
Niat Solat Sunat Istikharah
Niat Solat Istikharah Adalah Seperti Berikut:
Bacaan Rumi:
Usolli Sunnatal Istikharati Rak’ataini Lillahi Ta’ala
Maksudnya:
Sahaja aku solat sunat istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Baca Juga: Doa Nabi Yunus : Maksud Doa Nabi Yunus Dan 4 Kelebihanya
Bacaan Pada Setiap Rakaat
Bacaan solat istikharah sama seperti bacaan solat sunat dan solat fardhu yang lain. Iaitu:
- Rakaat Pertama
Pada rakaat pertama anda perlu mulakan dengan doa iftitah kemudian Bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti dengan surah Al-Kafirun.
- Rakaat Ke Dua
Pada rakaat ke dua pula bacalah surah Al-Fatihah dan diikuti surah Al-Ikhlas atau apa-apa surah pendek yang anda ingin baca.
Bacaan Pada Sujud Akhir
Pada sujud akhir, anda perlu membaca bacaan ini sebanyak 40 kali. Bacaanya ialah:
Bacaan Rumi:
Subhanaka laa i’lma lana illa ma a’lamtana, innaka anta a’limul hakim
Maksudnya:
Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
Doa Solat Sunat Istikharah
Selepas selesai menunaikan solat istikharah, dan sudah berzikir serta berwirid tibalah masanya untuk membacakan doa istikharah. Doanya adalah seperti berikut:
Maksudnya:
Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah. Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung. Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.
Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.
Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada.
Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.
Apa Kelebihan Melakukan Solat Sunat Istikharah??
Melakukan Solat Sunat Istikharah mempunyai kelebihnya yang tersendiri. Antaranya ialah:
- Dapat memberi ketenangan fikiran supaya dapat membuat keputusan yang tepat
- Dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan Allah kerana, kita hanya meminta pertunjuk darinya sahaja
- Mandapat pahala kerana melakukan amalan-amalan sunat
-
PANDUAN3 years ago
Mesti Korang Tak Percayakan, Rupanya Inilah Punca Lipan Ada Dalam Rumah!
-
MOTIVASI3 years ago
Ayah redah 30 kilometer selepas menerima panggilan dari sekolah, cikgu tersentak melihat kebenarannya
-
IBADAH3 years ago
Niat hantar gaji pertama untuk ibu tersayang, gadis ini tidak sengaja ‘bank in’ ke dalam akaun individu tidak dikenali
-
MOTIVASI3 years ago
Alhamdulillah, Sekalung Tahniah Buat Muhammad, Kembar Siam Yg Dipisahkan Melalui Pemb3dahan Telah Bergelar Graduan Sains Komputer
-
MOTIVASI3 years ago
Mampu menjana 100k sebulan, Ratu Rock Tanah Air Jadi Tauke Cili
-
MOTIVASI3 years ago
Pelajar Tak Tahu Yang Pensyarah Mereka Hanya Tinggal Dalam Khemah Disebabkan Tidak Mampu Sewa Rumah
-
SEMASA3 years ago
Nasib baik bibik tak sempat tabur sabun. Ingatkan kain buruk dah tadi. Rupanya pak Tam Berkubang.
-
MOTIVASI3 years ago
“Mak saya buat cikgu. Mak suruh jual kat sekolah,”. Terus Berubah Muka Murid Ni Bila Cikgu Cakap “Sesuatu Ini”.