Connect with us

PANDUAN

Bantuan Khas Tambahan Berjumlah RM200

Published

on

Bantuan Khas Tambahan

Bantuan Khas

Bantuan khas tambahan berjumlah RM200 akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia pada tahun ini. Untuk makluman, lebih menarik bantuan khas ini telah dinaikkan kadar bantuan sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Baca lagi di : Si Bulus Merajuk Gara-Gara Di Mesin Bulunya, “Dok termenung je, cuit pun tak layan”

BANTUAN KHAS TAMBAHAN

Pada sidang belanjawan 2023 dibentangkan Februari lalu, pihak kerajaan bersetuju untuk menawarkan bantuan berbentuk ewallet kepada mereka yang berkelayakan. Program pemberian inisiatif ini akan memberi manfaat kepada dua (2) juta orang yang tergolong dalam golongan belia.

Bantuan khas tambahan dalam bentuk edompet ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Pada tahun 2021 dikenali sebagai eBelia, tahun 2022 dikenali sebagai ePemula dan tahun ini telah dijenamakan semula sebagai kredit e-tunai belia rahmah.

BANTUAN KHAS

Yang lebih menggembirakan, kadar bantuan ewallet ini diberikan sebanyak RM150 pada 2 tahun lalu. Pada tahun ini kadar bantuan adalah lebih tinggi yang ditawarkan iaitu RM200 seorang.

Tujuan utama bantuan khas tambahan untuk golongan belia ini adalah bagi meringankan beban mereka. Selain dari itu dapat memupuk budaya pembelian secara transaksi tanpa tunai.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Dibawah adalah kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia (2023)
  • Golongan belia berumur 18 – 20 tahun
  • Bantuan edompet diperluaskan untuk golongan mahasiswa tanpa mengira had umur

Nota : Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pemberian bantuan khas edompet ini akan turut diberikan kepada golongan mahasiswa pada tahun ini tanpa mengira had umur kelayakan.

TARIKH PERMOHONAN

Buat masa ini hanya butiran seperti maklumat diatas telah dimaklumkan oleh kerajaan berkenaan bantuan khas ini pada sidang BELANJAWAN 2023. Dijangkakan permohonan dan perlaksanaan bantuan edompet ini akan dilancarkan pada pertengahan tahun ini, segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan kredit etunai belia rahamh ini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis insiatif berbentuk bantuan kewangan kepada rakyat Malaysia. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan boleh dimohon – KLIK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.